Thursday, February 4, 2010

ManuSia SeBagai KHaliFah...

Ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT di nilai Bukan daripada pangkat atau kedudukan, kebangsawanan atau darjat keturunan, kemewahan atau harta benda, malahan bukan daripada warna kulit dan paras rupa...

Nilai sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, dirangkumkan dalam satu kalimah yang mudah sebutannya tetapi begitu bermakna pengisian dan penghayatannya.
Itulah yang disebutkan sebagai TAKWA sepertimana yang dinyatakan oleh ALLAH SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud :

" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.'
( Surah al-Hujurat : 13 )

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.